Tuesday, June 4, 2013

DESIGN DAN BINA RUMAH SATU TINGKAT DI KG. HUBAH, PENAMPANG, SABAH (2)

Gambar terbaru rumah satu tingkat di kampung Hubah, Penampang selepas kerja-kerja mengecat siap ...  

Jenis cat yang kami gunakan ialah dari jenama SKK.  Biasanya saya dapat bekalan cat ini dari Syarikat pembekal cat di Inanam iaitu di Aik Seng Sdn. Bhd.  Cat luar ini ialah Sandle Tan 3023(D).

Bahagian 'siring-siring' rumah ...

'Mandur' yang kecil-kecil cili padi ini sudah hampir 10 tahun bekerja dengan saya.  Sudah banyak menyiapkan kerja-kerja renovation mahupun bina rumah.

Kerja-kerja memasang lampu jenis kalimantang oleh tukang wiring.  Ketua tukang wiring berbaju merah (tidak berapa hensem) he he he ...

Add caption





Gambar bahagian dalaman rumah.  Ruangan bercat kuning ini adalah ruang tamu.  Jenis cat yang sama iaitu dari jenama SKK.  Kod cat ialah 5034 T Coachlight.

Kod warna pink ni pula ialah Bouquet Violet 7174 T

Lime freeze 1082 T ...

Saiz rumah yang kecil tapi 'kiut' ...



Bahagian dapur ...  Agak kecil tapi sesuai dengan keadaan rumah yang tidak begitu besar.







Kerja yang belum siap ialah pemasangan cermin jendela.  Setakat 4hb. Jun, saya sudah ambil cermin jendela tapi belum sempat dipasang oleh pekerja.  Saya akan postkan gambar terkini selepas pemasangan cermin jendela dan kerja pembersihan siap ...  

Jika berminat untuk mendapatkan khidmat REKA & BINA RUMAH dengan kadar harga yang berpatutan, anda boleh menghubungi saya ...

SYLVESTER LIMBAN @ SALIBISTER
H/P: 010-8030288